Pada 2 Disember 2016 (Jumaat), jam 08.00 pagi bertempat di Kota A?Famosa Melaka telah diadakan Program Gotong Royong anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bersama Parol Daerah Melaka Tengah. Seramai 25 Orang diParol (ODP) menyertai program tersebut. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja kata-kata nasihat disampaikan oleh PKP Delber Singh A/L Sadhu Singh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Acara diteruskan dengan pembahagian kerja-kerja kebersihan di kawasan sekitar Kota A?Famosa.
Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan Kota A?Famosa. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan tarikan pelancong. Aktiviti gotong-royong ini berakhir pada jam 11.00 pagi. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.
"" Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan Kota A?Famosa. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan tarikan pelancong. Aktiviti gotong-royong ini berakhir pada jam 11.00 pagi. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.